Kanak-kanak, warga emas kumpulan paling berisiko

Kanak-kanak, warga emas kumpulan paling berisiko

Muhammad Sharil Mohd. Sabri terpaksa mandi menggunakan air perigi untuk menyejukkan badan berikutan cuaca panas di Kampung Baru, Kelulut, Rhu Muda, Marang, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan ka­nak-kanak dan warga emas antara yang berisiko terkena strok haba sehingga memba­wa maut kerana keadaan cuaca yang panas terik dihadapi negara ketika ini.

Pakar Kesihatan Komuni­ti, Fakulti Perubatan di Univer­siti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, cuaca panas boleh menyebabkan seseorang individu yang terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama sehingga keletihan haba lalu membawa ke situasi ekstrem iaitu strok haba.

Menurut beliau, kanak-ka­nak dan warga emas berisiko kerana kumpulan tersebut didapati kurang minum air ketika cuaca panas, selain sering melakukan aktiviti di luar dan mempunyai penyakit seperti buah pinggang.

Katanya, perkara ini jarang berlaku di Malaysia walaupun cuaca di sini dikategorikan se­bagai panas kerana negara bo­leh dianggap sebagai agak maju kerana kurangnya gelan­dangan atau ramai orang duduk di tengah mahupun ping­gir jalan kerana ketiadaan rumah.

“Berbeza dengan negara mis­kin, masyarakat di sana lebih mudah terkena strok ha­ba kerana tiada rumah untuk berlindung. Namun, ia masih boleh berlaku di Malaysia dan antara berisiko adalah golo­ngan kanak-kanak dan warga emas.

“Warga emas ni terdedah pa­da keadaan ekstrem kerana sukar untuk kita kawal tahap air dalam badan mereka, kadang-kadang mempunyai pe­nyakit dan pada sama enggan makan banyak. Bagi kanak-kanak kebiasaan mereka tidak tahu nak katakan yang mereka haus, berbanding orang dewasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Dr. Sharifa Ezat berkata, apabila negara berhadapan cuaca panas me­lebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari akan menyebabkan individu terutamanya yang kurang minum air dan berada di bawah cahaya matahari meng­hadapi pelbagai komplikasi.

“Di tahap bahaya, mereka boleh mendapat sawan, kekejangan, mengigau. Bagi ek­strem pula, akan pengsan, suhu badan akan naik hingga 40 darjah Celsius lalu otak akan bengkak jadi perlu rawatan segera di klinik atau hospital kerana perlu memasukkan air dalam badan memandangkan di kondisi tersebut mereka tidak boleh minum,” katanya.

Dr. Sharifa Ezat turut menyua­rakan kebimbangan­nya terha­dap pekerja-pekerja gig eko­nomi terutama p-hailing yang terdedah dengan cuaca panas untuk jangka masa panjang, sehubungan itu beliau menasihati kumpulan tersebut mengambil masa sekitar satu jam untuk membasahkan ba­dan bagi mengurangkan suhu.

“Kerapkan luangkan masa dalam rumah berbanding di luar, pakai baju yang longgar dan cerah ketika cuaca panas ini. Selain pastikan diri tidak cuai, di mana sebelum ini ber­laku kes anak tertinggal di dalam kereta dan sebagainya, itu mesti dielakkan,” jelasnya.

Beliau berkata, risiko ter­kena jangkitan Covid-19 masih sama walaupun cuaca panas.

“Jangan cuai dan sentia­sa berwaspada, selain me­ngamal­kan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memakai pelitup muka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×