Jumlah perjalanan feri ke Langkawi ditambah sempena LIMA '23 - Utusan Malaysia

Jumlah perjalanan feri ke Langkawi ditambah sempena LIMA ’23

ANTHONY Loke Siew Fook ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari JPJ Ke-77 di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat pengendali penerbangan dan feri ke Langkawi diminta untuk meningkatkan jumlah perjalanan bagi menampung kapasiti kehadiran pengunjung ke pulau peranginan tersebut.

Perkara tersebut bersempena penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan diadakan selama lima hari bermula 23 Mei ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau berharap kesemua operator berkenaan dapat memberikan kerjasama kerana dijangka ramai akan menggunakan kedua-dua perkhidmatan pengangkutan itu sepanjang tempoh penganjuran acara.

“Setakat ini, penerbangan dan feri memang kami minta supaya operator tambah kapasiti, ada juga tekanan daripada pasaran, ada permintaan sudah tentu ada penawaran, operator sudah tentu akan ambil peluang juga untuk tambah kapasiti mereka.

“Mereka tahu apabila pameran LIMA ini diadakan, pengunjung akan pergi ke Langkawi jadi operator ini akan tambah kapasiti mereka. Kami harap operator-operator ini memberikan kerjasama, ini memberikan kebaikan kepada mereka, mereka juga dapat manfaat sebab ramai penumpang menggunakan feri atau perkhidmatan penerbangan. 

“Saya tidak pasti berapa peratus (penambahan), tetapi sudah tentu penambahan itu ada, feri contohnya mereka kena tambah trip lah, trip memang akan ditambah dengan banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari JPJ Ke-77 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.

Siew Fook juga memberitahu, kerja-kerja pengerukan alur pelayaran bagi laluan feri penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi yang sebelum ini mengganggu perkhidmatan feri di situ juga sudah diselesaikan.

“Daripada segi pengerukan telahpun diselesaikan ikut jadual dan dipastikan ia tidak menganggu perjalanan feri semasa pameran LIMA ini,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya