Graduan perhotelan hilang keyakinan terhadap industri

Graduan perhotelan hilang keyakinan terhadap industri

KEBANYAKAN hotel di Melaka mengalami kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja khususnya di bahagian operasi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Majoriti golongan muda terutama graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak berminat untuk bekerja dalam sektor perhotelan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH-Melaka Chapter), Huzaidy Adnan berkata, situasi itu menjadi antara punca industri berkenaan kekurangan tenaga kerja, khusunya di negeri ini sejak berakhirnya pandemik Covid-19.

HUZAIDY ADNAN

Menurutnya, sebahagian besar ahli MAH-Melaka Chapter masih gagal mendapatkan pekerja, walaupun permintaan tempahan meningkat pada masa kini.

“Ramai anak muda dan graduan perhotelan tidak lagi yakin untuk bekerja di sektor ini sejak Covid-19 menyebabkan ramai pekerja diberhentikan dan hotel terpaksa ditutup akibat menanggung kerugian.

“Walaupun pandemik sudah berakhir dan sektor perhotelan mula berkembang, namun mereka masih sangsi untuk mengisi kekosongan tenaga kerja yang sedia ada, sebaliknya bekerja di bidang lain.

“Keadaan ini jika tidak diatasi segera adalah satu kerugian besar dalam sektor perhotelan, bukan sahaja di negeri ini tetapi seluruh negara apabila kita tidak mempunyai tenaga muda untuk mewarisi kerjaya ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Peluang Kerjaya Sektor Perhotelan Bersama Institusi Pendidikan Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Huzaidy, pemain industri perlu menganjurkan lebih banyak bengkel berkaitan sektor dan peluang-peluang pekerjaan bagi memberi keyakinan semula kepada golongan berkenaan.

“Pada program hari ini, saya dapat lihat banyak soalan-soalan daripada pelajar lebih tertumpu kepada peluang kerjaya dan masa depan, jika bekerja di sektor perhotelan,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) Melaka, Norsalenawaty Mohammad Salleh berkata, sebahagian besar daripada 178 ahli mengakui, kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja khususnya di bahagian operasi.

NORSALENAWATY MOHAMMAD SALLEH

“Hingga hari ini kita susah untuk mendapatkan tenaga kerja khususnya graduan universiti di sektor perhotelan. Mereka tidak lagi yakin untuk bekerja di sektor ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya