Fokus buru tiga mata penuh

Fokus buru tiga mata penuh

Skuad Harimau Malaya akan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Piala AFF 2026 di Yangon, esok. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya tidak boleh memandang mudah cabaran Myanmar menjelang aksi pembukaan Piala AFF 2026 di Yangon, esok kerana tuan rumah pastinya memasang impian untuk melakar kejutan.

Jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin berkata, Myanmar menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini dan situasi itu menuntut anak buah Tan Cheng Hoe lebih berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa dalam aksi pertama.

Menurut Sulaiman, ketiadaan beberapa tonggak utama dalam kem negara boleh memberi kelebihan kepada Myanmar yang dijangka tampil dengan pendekatan berbeza di hadapan penyokong sendiri.

“Pada saya, aksi pertama ini akan menjadi ujian untuk Cheng Hoe bagi melihat sejauh mana segala taktikalnya dapat diterjemahkan kerana harimau Malaya sebelum ini tiada sebarang perlawanan ujian atau persahabatan.

“Kita harap persediaan dalam latihan itu mencukupi untuk membentuk keserasian antara muka lama dan baharu dalam pasukan. Myanmar adalah pasukan yang tidak boleh dipandang mudah sebenarnya.

“Biarpun bukan pasukan pilihan, Myanmar ada banyak peningkatan sejak kebelakangan ini. Kita perlu berhati-hati dengan strategi mereka. Mungkin kita tak dapat skuad terbaik, tetapi Myanmar mungkin ada kelebihan berbanding kita.

“Tiga mata penuh adalah sasaran terbaik dalam aksi pertama ini untuk membina ‘mood’ positif dalam pasukan, saya harap pemain-pemain dapat buktikan sesuatu dalam perlawanan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya pemain pilihan untuk menerajui jentera serangan Harimau Malaya, Sulaiman berkata, kapten Kuala Lumpur City, Poulo Josue boleh menjadi pilihan utama Cheng Hoe berdasarkan ketajaman dan pengalaman yang dimiliki.

“Kalau taya saya, Josue adalah individu tepat dibahagian serangan. dia ada pengalaman dan penyudahnya juga sudah terbukti. Saya juga harap pemain-pemain lain dalam skuad dapat pelajar sesuatu darinya,” kata Sulaiman.

Selepas menentang Myanmar, skuad Harimau Malaya akan melayan kunjungan Laos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Selasa ini.

Selepas itu, mereka akan terbang ke Bangkok pada 1 Ogos untuk berdepan Thailand sebelum menutup kempen peringkat kumpulan menentang Filipina di laman sendiri, 8 Ogos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN