Empat lagi pelatih TUDM didakwa dibuli 

Empat lagi pelatih TUDM didakwa dibuli 

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan terdapat empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan pada 12 April lalu.

Difahamkan, keempat-empat pelatih itu dipanggil bagi membantu siasatan kes buli berkaitan seorang pelatih TUDM  menjalani kursus latihan sama dengan pengadu tersebut didakwa dipukul anggota TUDM senior terbabit.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan laporan perubatan.

“Siasatan setakat ini turut mendapati ada empat lagi pelatih kursus latihan sama dipukul dalam kejadian itu.

“Setakat ini, enam orang suspek sudah dikenal pasti dan sudah dipanggil bagi tujuan siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes ini,” katanya di sini hari ini. 

Tambah Ramli, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merakamkan percakapan saksi bebas.

“Kita juga turut mendapatkan laporan penuh perubatan terhadap mangsa-mangsa yang mendakwa dibuli bagi melengkapkan siasatan.

“Bagaimanapun kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini,” katanya, 

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Kelmarin, tular di media sosial Twitter mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara.

Wanita terbabit turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan.

Susulan itu, bapa kepada mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kes buli yang berlaku ke atas anaknya. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya