Anak gajah 'beraya' ke Taman Sri Lambak ditangkap - Utusan Malaysia

Anak gajah ‘beraya’ ke Taman Sri Lambak ditangkap

PASUKAN Bomba dan Penyelamat Renggam memberikan pancutan air ke atas dua ekor gajah denak yang membantu mengiringi seekor gajah untuk dipindahkan ke habitat asalnya ole Jabatan Perhilitan di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Salah seekor gajah yang dipercayai datang ‘beraya’ ke Jalan Cekal di Taman Sri Lambak, dekat sini Ahad lalu berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri kelmarin. 

Walau bagaimanapun, gajah yang dianggarkan berusia lapan tahun itu ditangkap ketika cuba memasuki kawasan Jalan Semangat dan Usaha di taman ini kira-kira pukul 2 petang. 

Pengarah Perhilitan negeri, Aminuddin Jamin berkata, gajah jantan itu dihantar ke habitat asalnya yang dikenal pasti selamat untuk kehidupannya.

Dua ekor gajah denak turut digunakan untuk mengiringi gajah itu bagi membantu membawanya menaiki lori.

Pada Ahad lalu, tiga ekor gajah dikesan memasuki kawasan penempatan di Jalan Cekal, manakala minggu sebelumnya di Jalan Semangat dan Jalan Usaha. 

Hasil pemerhatian, tanaman penduduk yang boleh dijadikan makanan antara tarikan utama kumpulan gajah tersebut datang ke taman perumahan itu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya