MARANG: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti menentukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Naib Presiden Pas itu berkata, beliau sedia bertanding di kawasan-kawasan yang akan ditetapkan nanti. Sehubungan itu, katanya, beliau tidak dapat memastikan sama ada kekal bertanding di kerusi DUN Rhu Rendang atau berpindah di DUN lain. “Ini bukan hak…










