Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jerantut santuni 70 pesakit - Utusan Malaysia

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jerantut santuni 70 pesakit

AIDIL Mat Zain (tengah) menyampaikan bakul makanan kepada pesakit sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Hospital Jerantut di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Jerantut menyantuni 70 pesakit di hospital itu yang merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak berkenaan.

Pengerusi ALP Hospital Jerantut, Aidil Mat Zain berkata, pesakit dilawati pihaknya membabitkan wad ibu dan anak, wad kanak-kanak dan wad lelaki serta wanita sambil menyampaikan bakul makanan.

“ALP Hospital Jerantut aktif sebagai entiti penghubung bagi mengeratkan antara hospital dan komuniti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bakul makanan sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri di Hospital Jerantut di sini hari ini.

Aidil berkata, ALP hospital itu juga berperanan sebagai pegawai perhubungan bagi memberikan penerangan kepada orang awam tentang kemudahan dan perkhidmatan disediakan hospital.

“Kita juga memainkan peranan sebagai orang tengah bagi mengatasi masalah dihadapi pihak hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai,” katanya

Beliau berkata, ALP yang aktif sebagai rakan hospital dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan sekali gus menaikkan imej sesebuah hospital.

“Oleh itu mengadakan lawatan ke hospital merupakan strategi untuk mendapatkan makluman tentang perkhidmatan dan masalah yang dihadapi oleh hospital ketika memberi perkhidmatan kepada pesakit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya