SPRM tidak layak putuskan kod etika hakim

SPRM tidak layak putuskan kod etika hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Muda memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atas alasan agensi terbabit telah bertindak di luar bidang kuasanya dan tidak layak untuk membuat dapatan mengenai pelanggaran Kod Etika Hakim.

Saman pemula tersebut difailkan pada 12 April lalu melalui firma guaman Tetuan Lim Wei Jiet di Mahkamah Tinggi di sini.

Kes ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Lee Ka Full pada 15 Mei ini.

Ia berkaitan surat SPRM yang tular di media sosial yang mendakwa Hakim Datuk Mohamad Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang sebelum ini mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Hakim itu juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Menurut afidavit so­kongan oleh Setiausaha Agung parti itu, Amir Hariri Abd. Hadi, pendedahan surat SPRM bertarikh 20 Februari lalu dan surat daripada Menteri Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said bertarikh 20 Mac lalu telah mendedahkan pelanggaran serius oleh agensi penyiasatan itu.

“Kuasa SPRM untuk me­nyiasat adalah terhad kepada kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Ia tidak mempunyai bidangkuasa serta autoriti, apalagi kepakaran, untuk menyiasat dan atau membuat dapatan me­ngenai sebarang pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 atau konflik kepen­tingan di pihak hakim mah­kamah,” ujar Amir Hariri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN