Jenayah komersial Pahang catat kerugian RM9.7 juta suku tahun pertama - Utusan Malaysia

Jenayah komersial Pahang catat kerugian RM9.7 juta suku tahun pertama

RAMLI Mohamed Yoosuf (kanan) menunjukkan perkhidmatan disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri bagi menangani masalah penipuan secara dalam talian serta aduan yang boleh dibuat jika menjadi mangsanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis Pahang membuka 564 kertas siasatan kes jenayah komersial membabitkan kerugian berjumlah RM9,743,242.52 bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam tempoh antara Januari hingga Mac lau, sebanyak 1,710 laporan polis diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri.

Katanya, daripada jumlah kertas siasatan yang dibuka pula, sebanyak 260 kertas siasatan sudah dituduh dengan kadar peratusan 46.1 peratus.

“Penyumbang utama kesalahan kes jenayah komersial bagi tempoh berkenaan adalah kesalahan tipu secara dalam talian yang mencatat 478 kes dengan jumlah kerugian RM6,948,138.52.

“Sebanyak 33 peratus dari jumlah kes melibatkan tipu e-belian manakala sebanyak 17 peratus membabitkan penipuan tawaran kerja yang mana kedua-dua kes mencatatkan jumlah paling tinggi,” katanya dalam sidang akhbar bacaan kad laporan JSJK Kontinjen Pahang 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini.

Menurut Ramli, berdasarkan data diterima, mangsa terdiri daripada pekerja sektor swasta merupakan antara yang tertinggi dicatatkan iaitu 229 kes diikuti mangsa dari sektor kerajaan iaitu sebanyak 69 kes.

“Mangsa kebanyakan lelaki dengan anggaran usia mangsa terlibat adalah 17 hingga 40 tahun,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh itu juga, JSJK Pahang berjaya membuat tangkapan membabitkan 319 kes jenayah komersil.

“Tangkapan paling tinggi adalah bagi kes tipu iaitu sebanyak 303 tangkapan yang kebanyakannya merupakan pemilik akaun. Perbandingan jumlah tangkapan yang berjaya dibuat berbanding tempoh sama pada tahun lalu adalah sebanyak 230 tangkapan dengan peningkatan adalah sebanyak 89 tangkapan iaitu bersamaan dengan 38.7 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya