Hujan dijangka dalam masa terdekat

Hujan dijangka dalam masa terdekat

PENGUSAHA keropok menjemur keropok yang telah diproses di bawah terik matahari di Kampung Banggol, Kedai Buluh, Marang, Terengganu. Cuaca panas akan mempercepatkan lagi proses pengeringan tersebut. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fenomena bahang dan cuaca panas di Semenanjung dijangka tidak berpanjangan kerana hujan dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia berkata, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, cuaca panas disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

“Memang dalam tempoh beberapa hari ini cuaca lebih panas daripada yang biasa, tetapi, keadaan ini tidak akan berlarutan terlalu lama kerana hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari lagi.

“Setakat kelmarin, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celsius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau menyarankan kepada mereka yang bekerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

“Risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang,” katanya.

MetMalaysia sebelum ini mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

Sementara itu MetMalaysia juga memantau cuaca di Sabah dan Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN