Belum pasti Nik Abduh jadi calon PRN- Pas Kelantan

Belum pasti Nik Abduh jadi calon PRN- Pas Kelantan

WAN Roslan Wan Hamat (tiga dari kanan) sempat berbual mesra dengan Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub (dua dari kiri) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pas Kelantan belum dapat memastikan sama ada nama bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh akan tersenarai sebagai salah seorang calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Setiausahanya, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pencalonan anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu tidak dapat dipastikan kerana senarai calon masih belum dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi parti

“Bagi Pas pula setiap nama yang diangkat sebagai calon untuk PRN akan melalui banyak tapisan oleh Majlis Syura Ulamak.

“Majlis Syura Ulamak yang akan menentukan siapa yang lulus sebagai calon untuk PRN atau sebaliknya. Malah saya sendiri belum pasti akan lulus tapisan berkenaan atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubur itu memaklumkan barisan calon muka baharu atau nama-nama besar juga belum dapat didedahkan pada ketika ini kerana proses tapisan oleh Majlis Syura Ulamak belum selesai.

“Pertamanya kita akan buat kajian awal pilihan raya di peringkat bawah yang mana nama-nama calon diangkat. Kemudian Majlis Syura Ulamak akan tapis dan selepas itu baru kepimpinan tertinggi akan buat pilih calon.

“Pas dan Perikatan Nasional (PRN) mempunyai peluang cerah di kesemua enam negeri yang bakal mengadakan PRN. Kita lihat rakyat masih bersama kita. Setiap program kita mendapat sambutan termasuk hari ini yang mencapai sasaran kehadiran seramai 50,000,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Nik Abduh mengambil keputusan untuk berundur daripada mencari calon Pas di Parlimen Bachok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN