ANIH Berhad belanja lebih RM20 juta untuk CSR sejak lapan tahun - Utusan Malaysia

ANIH Berhad belanja lebih RM20 juta untuk CSR sejak lapan tahun

RADZIMAH Mohd. Radzi (kanan) menyampaikan bakul makanan dan duit raya kepada seorang pelajar tahfiz pada Majlis Iftar Semarak Kasih bersama ANIH Berhad di Hentian Sebelah Bentong di Bentong, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad membelanjakan lebih RM20 juta melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak lapan tahun lalu.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, sumbangan berterusan sejak 2016 itu melibatkan purata peruntukan kira-kira RM2.5 juta setahun.

Katanya, inisiatif ini bertujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk yang tinggal di sekitar lebuh raya dan juga penggunanya.

“Antara sumbangan CSR itu memberikan diskaun bayaran tol, bakul makanan, bantuan warga emas, rumah kebajikan dan tahfiz.

“Komitmen CSR korporat ANIH Berhad diterjemahkan melalui sumbangan dalam bentuk sumbangan kewangan secara langsung atau terlibat secara langsung dengan aktiviti perniagaan di lebuh raya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Semarak Kasih Bersama ANIH di Hentian Sebelah Bentong (Arah Kuala Lumpur) di sini.

Sempena majlis berkenaan, ANIH Berhad turut mengagihkan sumbangan zakat wakalah berjumlah RM15,000 kepada Yayasan Tahfiz Darul Furqan, Badan Amal Darul Mustafa dan Badam Amal Nur Zaharah.

Radzimah berkata, beliau bersyukur ke hadrat Allah SWT, ANIH Berhad masih berpeluang meneruskan amalan dan tradisi berkongsi rezeki ini dengan kerjasama rapat rakan strategik seperti agensi kerajaan.

Tambah beliau, syarikat itu sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta menjayakan program CSR kepada komuniti di sepanjang lebuh raya KLK dan LPT1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya