PETALING JAYA: Agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus kepada kira-kira 8.7 juta pendeposit menunjukkan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) masih kompetitif meskipun Malaysia dan dunia berdepan cabaran ekonomi yang mencabar. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, angka itu adalah munasabah dan hampir menyamai pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masing-masing sekitar antara empat…