Wanita kena utamakan diri dulu - Che Ta

Wanita kena utamakan diri dulu – Che Ta

ROZITA Che Wan mempunyai pandangan sendiri tentang martabat wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan menasihatkan wanita di luar sana untuk sentiasa bercita-cita tinggi dan jangan terlalu berserah tanpa berusaha sehabis baik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rozita atau Che Ta yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 itu juga percaya wanita akan lebih dipandang tinggi apabila meletakkan keutamaan kepada diri sendiri dahulu.

“Menjadi seorang wanita ini kena rajin dan all out. Kena bercita-cita tinggi. Perlu ada keutamaan untuk diri sendiri.

“Biarlah kita digelar pentingkan diri atau apa, tetapi sayangi diri anda. Kita juga sebagai wanita tak boleh terlalu penyegan, dalam konteks positif.

“Jangan terlalu berserah, mengharapkan tuah datang bergolek. Kena rajin usaha, kerah keringat,” kata isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

Dalam pada itu, Che Ta juga bersyukur apabila impiannya untuk duduk satu bumbung bersama ibu dan mak mentuanya tercapai selepas mereka berpindah ke kediaman baharu.

“Alhamdulillah, semua nikmat dan rezeki yang Tuhan beri ini adalah daripada doa-doa mereka yang menyayangi saya. Di usia ini, tiada apa lagi yang saya mahu kejar.

“Cuma saya ini memang rajin bekerja. Tak boleh duduk diam. Tahun ini, saya akan lebih berusaha untuk menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak.

“Kebahagiaan dan kesenangan mereka adalah nikmat terbesar untuk saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN