Perkhidmatan kehakiman berada di tahap yang terbaik 

Perkhidmatan kehakiman berada di tahap yang terbaik 

RAMKARPAL Singh (belakang, dua kiri) bergambar bersama Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra (bersemayam, lima kanan) selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Tunjong di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan komited memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kehakiman berada di tahap yang terbaik melalui Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU-JPM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, beliau percaya infrastruktur fizikal mahkamah yang kondusif merupakan antara faktor pememacu kualiti penyampaian perkhidmatan kehakiman.

Menurutnya, hal ini supaya ia sentiasa berada di peringkat yang terbaik dan setanding dengan badan kehakiman negara-negara maju lain.

“Sebagai organ pentadbiran negara yang bertanggungjawab untuk mendukung prinsip kedaulatan undang-undang, Badan Kehakiman sentiasa memastikan akses kepada keadilan adalah tersedia pada setiap masa,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan mencemar duli untuk merasmikan majlis tersebut dengan diiringi Cik Puan Kelantan, Sofie Louise Johansson dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Dalam perkembangan lain, Ramkarpal memberitahu, pembinaan Kompleks Mahkamah Kota Bharu melibatkan kos sebanyak RM94.4 juta di atas sebidang tanah seluas 2.72 hektar.

Katanya, kompleks ini dilengkapi dengan bilik sokongan seperti kamar hakim, bilik persidangan, bilik mesyuarat, perpustakaan, kafeteria dan surau.

“Lebih membanggakan, Kompleks Mahkamah ini telah berjaya disiapkan setahun lebih awal daripada tempoh kontrak yang telah ditetapkan. 

“Sijil Siap Bina bangunan ini telah diperoleh pada 15 Mei 2019 dan Majlis Penyerahan Projek telah pun disempurnakan pada 23 Julai 2019,” ujarnya.

Ramkarpal berkata, selain itu operasi mahkamah di kompleks tersebut turut menggunakan sistem teknologi maklumat terkini termasuk sistem Court Recording and Voice to Text (RVT) selain dilengkapi dengan internet jalur lebar berkelajuan tinggi bagi penggunaan pegawai dan kakitangan mahkamah.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya