Perjanjian sewa baharu berat sebelah - Hassan - Utusan Malaysia

Perjanjian sewa baharu berat sebelah – Hassan

HASSAN KARIM (tengah, baju putih) bertemu dengan kumpulan peniaga yang terkesan akibat kenaikan sewa yang dikenakan oleh MBPG di Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perjanjian sewaan yang ditandatangani oleh kumpulan peniaga di kawasan Kebayan dan Semai Niaga milik Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) disifatkan berat sebelah dan ditandatangani dalam keadaan terpaksa.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mengakui menerima aduan daripada ramai peniaga di Pasir Gudang yang  mengeluh atas keputusan MBPG menaikkan sewa premis perniagaan pada kadar yang begitu, iaitu antara 200 hingga 400 peratus.

Menurutnya, keputusan itu nyata menjejaskan seramai 226 peniaga yang terlibat yang menjalankan perniagaan di 18 kawasan Kebayan dan Semai Niaga milik MBPG.

“Para peniaga tersebut memaklumkan kepada saya bahawa mereka seakan-akan dipaksa menandatangani perjanjian baharu tersebut sebagai penyewa premis dengan MBPG. Saya telah melihat sendiri perjanjian sewaan tersebut yang saya anggap berat sebelah dan ditandatangani dalam keadaan terpaksa (undue influence)

“Memandangkan Ramadan bakal tiba dan diikuti dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, saya merayu kepada Datuk Bandar Pasir Gudang supaya mengkaji dan meneliti kembali keputusan MBPG menaikkan Kadar sewa premis perniagaan tersebut yang amat tinggi,” katanya.

Semalam, media melaporkan seramai 226 peniaga dari 18 kawasan Kebayan dan Semai Niaga di sekitar bandar raya Pasir Gudang terbeban dan hampir gulung tikar selepas MBPG menaikkan kadar sewa antara 200 sehingga 400 peratus sejak Januari lalu.

Dalam pada itu, Hassan berkata, para peniaga kecil Melayu yang berniaga di 18 kawasan Kebayan dan Semai Niaga itu tidak membantah sekiranya kenaikan sewa itu rendah dan munasabah kerana mereka baru sahaja memulakan perniagaan selepas hampir dua tahun terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya harap permohonan daripada para penyewa tersebut diberi pertimbangan penuh ihsan oleh Datuk Bandar Pasir Gudang. Saya juga selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang membuat rayuan yang sama kepada Datuk Bandar Pasir Gudang,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.