Perarakan Hari Wanita bertukar himpunan LGBTQ?

Perarakan Hari Wanita bertukar himpunan LGBTQ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perarakan Hari Wanita di ibu negara kelmarin dipersoalkan oleh blok pembangkang dengan mendakwa ia bertukar menjadi acara berunsur agenda lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) apabila sepanduk dan bendera gerakan itu dibawa ke dalam perarakan itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya berkata, kumpulan LGBTQ dilihat mengadakan perhimpunan haram untuk memperjuangkan hak mereka sedangkan ia sepatutnya perhimpunan hari wanita.

“Semalam (kelmarin) berlangsung per­himpunan haram LGBTQ berdekatan sebuah pusat beli belah. Mereka membawa sepanduk dan bendera pelangi sebagai tanda sokongan kepada golongan itu.

“Mereka berani mendedahkan pendirian mereka dengan jelas malah diwajahkan dengan ucapan-ucapan dan persembahan seperti filem Mentega Terbang sebelum ini,” katanya.

Tambah Ahmad, kumpulan LGBTQ itu bergerak dengan jarum yang cukup halus dan sedang cuba menyerap masuk dalam masyarakat dengan membunuh rasa sensitiviti terhadap kesongsangan tersebut.

“Lama-lama ia akan menjadi mudah untuk diterima dan dinormalisasikan. Mereka sebaliknya menyalahkan stigma dan diskriminasi masyarakat sebagai batu penghalang.

“Diskriminasi hanyalah alat mereka untuk menormalisasi aktiviti songsang itu dalam negara. Apakah tindakan yang akan diambil kepada peserta perhimpunan haram semalam kerana ia bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan termasuk dalam item sekatan perhimpunan di bawah Seksyen 15,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN