Pemuda berputih mata wang simpanan hangus

Pemuda berputih mata wang simpanan hangus

MOHD. Faizal Suki (kanan) menceritakan detik-detik cemas yang dialami semasa rumah terbakar dalam kejadian di Kampung Padang Rokma, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang pemuda berputih mata selepas wang simpanan miliknya berjumlah RM3,000 hangus dalam kejadian di Kampung Padang Rokma di sini terbakar.

Kejadian pukul 12.50 tengah hari berlaku ketika mangsa Mohd. Faisal Suki, 26, sedang tidur sebelum dia dikejutkan dengan jeritan ibu saudara yang memaklumkan kebakaran.

Mohd. Faizal berkata, terkejut dengan jeritan itu dia terus keluar dan mendapati rumah emak saudaranya Rahimah Awang, 65, sudah terbakar.

“Sebaik sahaja keluar saya mendapati api sudah marak. Api tersebut kemudiannya merebak dan membakar rumah saya,” katanya ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Mohd. Faizal memberitahu, semasa kejadian dia berseorangan di rumah selepas ayahnya keluar bekerja sebagai tukang rumah.

Katanya, disebabkan api marak terlalu cepat dia hanya mampu menyelamatkan dokumen penting sahaja.

“Wang tunai milik ayah hasil jualan kambing berjumlah RM1,500 dan wang simpanan saya RM3000 tidak sempat diselamatkan,” ujarnya.

Sementara itu anak Rahimah,  Mohd. Rafizan Zakaria, 40, berkata, dia telah berusaha memadamkan kebakaran tersebut namun gagal kerana tekanan air terlalu rendah lalu.

Katanya, susulan itu dia terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Fauzi Ibrahim berkata, seramai 11 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu telah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.52 tengah hari.

“Api berjaya dikawal 10 minit kemudian, kebakaran itu menyebabkan dua buah rumah jenis separuh kekal mengalami kemusnahan sebanyak 80 peratus musnah. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya