Parti-parti kecil dakwa dipulau kerajaan

Parti-parti kecil dakwa dipulau kerajaan

lompat parti
BEBERAPA parti kecil yang mendokong kerajaan perpaduan mendakwa terpinggir. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti-parti politik kecil di bawah kerajaan perpaduan mendakwa mereka dipinggirkan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, mereka berasa dipulaukan setiap kali penganjuran me­syuarat parti pemerintah .

Katanya, akan ada rancangan yang lebih kepada pembentukan gabungan parti yang disifatkan ‘kurang berat’ supaya menjadi lebih kukuh, lantang dan didengari kerajaan yang sebahagian besar dikuasai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, gerakan itu bukan berniat menentang kerajaan, sebaliknya demi kebaikan ahli-ahli Parlimen yang berasa dianaktirikan oleh kerajaan.

“Sesuatu akan berlaku, tunggu dan lihat sahaja. Kami sedang berbincang, kalau ada barulah akan dimaklumkan. Tetapi, persefahaman antara kami sudah ada, termasuk ahli Parlimen bebas untuk bentuk sesuatu yang lebih kukuh.

“Jadi, kami menjangka ia diketahui dalam satu atau dua minggu dari sekarang. Tetapi, ini tidak akan memberi kesan negatif pada kerajaan, sebaliknya akan kami terus be­kerjasama di peringkat Persekutuan,” kata sumber ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Parti berkenaan ialah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Ma­syarakat (KDM) serta ahli-ahli parlimen bebas.

Parti Warisan (Warisan) di­terajui Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang kini hanya tinggal tiga kerusi di Dewan Rakyat tidak termasuk dalam rancangan itu.

Ahad lalu, MUDA didakwa diketepikan dan tidak dijemput hadir ke mesyuarat kedua sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu pejabat UMNO.

Ini merupakan kali kedua MUDA didakwa diketepikan daripada mesyuarat sekretariat parti pemerintah selepas mesyuarat pertama 7 Februari lalu di tempat yang sama.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan, hanya parti dengan tiga atau lebih ahli Parlimen yang menandatangani perjanjian pakatan kerajaan perpaduan dijemput ke mesyua­rat itu, manakala MUDA tidak menandatanganinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN