Pahang rancang pulih operasi penerbangan negeri - Utusan Malaysia

Pahang rancang pulih operasi penerbangan negeri

LEONG Yu Man (tiga dari kanan) menyambut ketibaan 117 penumpang Fly Scoot Airline yang selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di Kuantan, Pahang. - FOTO/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan Pahang sedang berusaha untuk memulihkan kembali sektor penerbangan dengan mengembalikan semula pengoperasian beberapa syarikat penerbangan di negeri ini seperti mana sebelum penularan wabak pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, difahamkan sebelum ini terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menghentikan operasi ekoran penularan wabak tersebut.

“Kita dalam usaha menarik semula syarikat-syarikat sebelum ini yang dapat terbang ke Kuantan seperti penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan Firefly dari Pulau Pinang ke Kuantan.

“Usaha ini bagi mempromosikan dan merancakkan kembali sektor penerbangan dan pelancongan negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis sambutan ketibaan penerbangan Fly Scoot Airlines ke Pahang di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (LTSAS) Kuantan di sini hari ini.

Yu Man berkata, kerajaan negeri sedang melakukan perbincangan dengan AirAsia dan Firefly berikutan kedua-dua syarikat berkenaan dalam proses pembesaran selain perlu menumpukan kepada laluan yang dilihat lebih menguntungkan.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Fly Scoot Airlines kerana berjaya melancarkan penerbangan dari Singapura ke Kuantan iaitu destinasi keenam dalam Malaysia selepas Kuala Lumpur, Penang, Langkawi, Ipoh dan Kuching.

“Penerbangan ini dijadualkan tiga kali seminggu iaitu setiap Ahad, Rabu dan Jumaat menggunakan kapal Airbus A320-200 berkapasiti 180 penumpang. Fly Scoot Airlines memulakan penerbangan dari Singapura ke Kuantan sejak Februari 2018 hingga Mac 2020 sebelum menghentikan penerbangan disebabkan penularan pandemik Covid-19,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.