Operasi Yayasan Kepimpinan Perdana tidak guna duit kerajaan 

Operasi Yayasan Kepimpinan Perdana tidak guna duit kerajaan 

TUN DR. MAHATIHR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyediaan ruang pejabat bagi kegunaan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana selaras dengan kelayakan elaun dan keistimewaan bagi bekas Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, operasi Yayasan Kepimpinan Perdana tidak menggunakan sebarang peruntukan khusus daripada kerajaan.

Katanya, Dr. Mahathir masih berada di yayasan itu kerana sebahagian ruang dalam bangunan itu disewakan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menempatkan Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri ke-7.

“Yayasan Kepimpinan Perdana telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) mengikut Akta Syarikat 1965 pada 24 Januari 2003.

“Status yayasan ini adalah ‘Existing’ (wujud) di dalam daftar syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga kini.

“Berdasarkan Penyata Tahunan 2022, jenis perniagaan yang dijalankan Yayasan Kepimpinan Perdana adalah ‘penyelidikan, dokumen, penyebaran dan penerbitan legasi intelektual bekas Perdana Menteri dan untuk membangun, mengurus dan mengoperasikan pusat sumber dan perpustakaan bagi mencapai objektif Yayasan’.

“Dalam hal ini, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan khusus yang disalur kepada Yayasan Kepimpinan Perdana,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang bertanya status Yayasan Kepimpinan Perdana ketika ini kerana Dr. Mahathir masih berada di situ, selain berapa perbelanjaan dikeluarkan kerajaan setiap tahun untuk yayasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.