MUDA tidak bincang hala tuju politik baharu

MUDA tidak bincang hala tuju politik baharu

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menafikan ada rancangan dalam kalangan parti-parti kecil dalam kerajaan untuk membentuk gabungan baharu selepas merasa dipinggirkan dalam kerajaan Perpaduan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan parti politik lain berhubung hala tuju politik ketika ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Muar itu berkata, fokus Muda ketika ini mengenai tiga surat yang dihantar parti itu kepada Pakatan Harapan (PH) antaranya untuk berbincang mengenai penyertaan parti itu ke dalam PH.

KEPUTUSAN

“Apa-apa perbincangan mengenai hala tuju politik perlu dibincang dalam lingkungan pimpinan tertinggi MUDA sendiri dan setakat ini belum ada perbincangan dalam kala­ngan kami untuk membuat keputusan berhubung hal ini.

“Tetapi, yang penting sekarang ialah kami telah menghantar surat kepada PH sejak tahun lalu, jadi ini isu utama yang perlu di­selesaikan,” katanya ketika ditemui di Parlimen kelmarin.

Sementara itu, Ahli Parlimen bebas Tenom, Riduan Rubin berkata, sebarang gerakan untuk membantu parti-parti kecil dan wakil rakyat bebas tiada dalam pengetahuannya selain belum didekati sesiapa berhubung perkata itu.

“Cuma, yang saya tahu ha­nyalah parti-parti kecil ini akan berjumpa dengan Perdana Menteri sahaja berkenaan peruntukan ahli-ahli Parlimen, manakala saya masih menunggu giliran untuk pertemuan itu. Sebarang rancangan di luar daripada ini saya tidak terlibat,” katanya ketika dihubungi.

Akhbar ini melaporkan, menerusi sumber paling dipercayai berkata, parti-parti politik kecil kerajaan kini berasa dianak tiri apabila setiap kali penganjuran mesyuarat kerajaan ia tidak melibatkan parti-parti kecil yang turut menyokong Kerajaan Perpaduan.

Selain MUDA, parti-parti lain ialah Parti Bangsa Malaysia (PBM) pimpinan Datuk Larry Sng Wei Shien dan parti baharu, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta ahli-ahli Parlimen Bebas.

Bagaimanapun, Parti Wari­san (Warisan) diterajui Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang kini hanya tinggal tiga kerusi di Dewan Rakyat tidak termasuk dalam rancangan itu.

DIDENGAR

Kata sumber, rancangan itu lebih kepada pembentukan gabungan parti yang disifatkan ‘kurang berat’ supaya mereka menjadi lebih kukuh, lantang dan didengari oleh kerajaan yang sebahagian besar dikuasai PH dan Barisan Nasional (BN).

Ahad lalu, MUDA dilaporkan diketepikan dan tidak dijemput hadir ke mesyuarat kedua sekretariat kerajaan perpaduan di ibu pejabat UMNO di ibu negara bagi membincangkan enam pi­lihan raya negeri yang dijangka berlangsung Jun tahun ini.

Ini juga merupakan kali kedua MUDA diketepi daripada mesyuarat sekretariat parti pemerintah selepas mesyuarat pertama pada 7 Februari lalu yang diadakan di tempat sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN