Pas guna pendekatan berbeza di Johor, Negeri Sembilan

Pas guna pendekatan berbeza di Johor, Negeri Sembilan

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menggunakan pendekatan berbeza di Johor dan Negeri Sembilan berdasarkan kekuatan UMNO serta kedudukan Pakatan Harapan (PH) di kedua-dua negeri itu.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, di Johor, Pas berperanan menjadi pemain pertahanan dalam perlawanan bola sepak yang tidak berpeluang menjaringkan gol, tetapi ditugaskan menjaga gawang dan menghalang pihak lawan daripada menang.

“Langkah awal dilakukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melalui perpaduan Melayu bagi mempertahankan Johor. Walaupun UMNO kuat di Johor dan berkuasa, mereka menyertai pilihan raya yang tidak seimbang kerana menghadapi PH yang berkuasa dalam kerajaan persekutuan.

“Pas hanya bertanding secara simbolik untuk menjadi tambahan sekiranya berlaku keadaan yang melemahkan kedudukan Melayu UMNO.

“Ia laksana pasukan pertahanan perlawanan bola sepak yang tidak ada peluang untuk mendapat gol kerana sekadar menjaga gawang dan bertahan daripada serangan lawan bagi menafikan kemenangan atau mereka mendapat gol yang sedikit, namun tidak menang,” katanya dalam kenyataan.

Sementara di Negeri Sembilan, parti Islam itu mengambil pendekatan lebih agresif di Negeri Sembilan kerana negeri berkenaan dikuasai PH bersama dominasi DAP yang ekstrem dan Melayu yang hanyut.

“Pas ikut bertanding menjadi anggota penyerang yang membahagikan kedudukan yang berstrategik bagi mengambil alih kuasa Melayu Islam bersama bukan Islam yang tidak ekstrem,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi merujuk persefahaman Barisan Nasional (BN) dan PN tanpa Bersatu pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan yang menyaksikan tiada pertembungan antara satu sama lain di 36 kerusi.

BN bertanding 25 kerusi manakala parti komponen PN seperti Pas, Parti Wawasan Negara (Wawasan), Gerakan dan MIPP meletakkan calon di 11 DUN.

Pada PRN Johor 11 Jul lalu, Abdul Hadi mengarahkan ahli dan penyokong Pas supaya mengundi BN di kerusi tidak ditandingi PN. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN