Maritim Kelantan tahan empat kapal, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Maritim Kelantan tahan empat kapal, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

SYED Nor Adli Syed Ab. Rahaman (kanan) melakukan pemeriksaan terhadap nelayan asing Vietnam di pangkalan operasi Maritim Malaysia Kelantan, di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan berjaya menahan empat buah bot dan 31 nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara dalam dua operasi berasingan sepanjang minggu ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, tangkapan pertama yang melibatkan dua bot itu lakukan pada 20 Mac lalu pada jarak 64 batu nautika dari Kuala Tok Bali di sini sekitar pukul 3.45 petang dan 4 petang.

Menurutnya, tangkapan itu melibatkan tujuh nelayan termasuk dua tekong yang mengendalikan bot secara berasingan semasa serbuan dijalankan.

“Dua tangkapan pada 22 Mac dilakukan oleh Kapal Maritim (KM) Jujur hasil intipan dan maklumat yang disalurkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkait pencerobohan nelayan asing pada jarak 180 batu nautika dan 170 batu nautika dari Kuala Tok Bali.

“Bot pertama kit tahan pada pukul 8.45 pagi dan kedua 10.57 pagi. KM Jujur  mengambil masa lebih dua jam untuk menahan kedua-dua bot berkenaan  melibatkan 17 awak-awak dan seorang tekong yang bertindak agresif dengan cuba meloloskan diri ke sempadan perairan antarabangsa sebelum berjaya ditahan,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Maritim Kelantan Tok Bali di sini hari ini.

Syed Nor Adli memberitahu, pemeriksaan mendapati kesemua 31 nelayan asing termasuk tekong berusia 14 hingga 64 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua bot yang digunakan itu tiada permit menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.

Katanya, Maritim Kelantan turut merampas peralatan navigasi, alat menangkap ikan, hasil tangkapan ikan sebanyak 1,000 kilogram (kg) dan bekalan diesel lebih kurang 9,200 liter yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM4.2 juta.

Dalam perkembangan yang lain, Syed Nor Adli berkata sepanjang Januari hingga Mac tahun ini Maritim Kelantan sudah melupuskan 11 buah bot bernilai RM11.15 juta untuk dijadikan tukun tiruan di perairan negeri ini.

Katanya, kesemua bot tersebut yang dilucut hak oleh mahkamah sudah melalui proses pemilihan ketat sebelum ditenggelamkan bagi memastikan tiada pencemaran berlaku, tidak mudah pecah dan lebih tahan untuk dijadikan tukun tiruan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya