Mahasiswa UUM sertai aktiviti ziarah - Utusan Malaysia

Mahasiswa UUM sertai aktiviti ziarah

KAMARUL Azman Khamis (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan ketika bersama mahasiswa UUM menziarahi seorang penduduk di Kampung Baru Tualak, Padang Terap hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menziarahi seorang penduduk yang mengalami masalah komplikasi jantung di Kampung Baru Tualak, Padang Terap hari ini.

Aktiviti ziarah tersebut dilaksanakan bersama Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr. Kamarul Azman Khamis dan pegawai majlis daerah kawasan Padang Terap.

Kamarul Azman juga menyampaikan sumbangan kepada pesakit tersebut.

Selain itu, mahasiswa terbabit juga mengambil kesempatan meraikan serta beramah mesra bersama penduduk di kawasan berkenaan.

Kamarul Azman berkata, aktiviti ziarah tersebut menunjukkan kecaknaan mahasiswa dalam bersama-sama masyarakat luar bandar.

“Aktiviti tersebut sentiasa dilaksanakan bagi mendekatkan hubungan antara mahasiswa dengan penduduk setempat,” katanya.-UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN