Libatkan pihak luar, bantu dana sekolah – Alimuddin

Libatkan pihak luar, bantu dana sekolah – Alimuddin

ALIMUDDIN MOHD. DOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu melibatkan sokongan pihak luar bagi mengelakkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah terjejas susulan dakwaan berlakunya pengurangan peruntukan setiap subjek bagi tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pelaksanaan program sekolah perlu mendapat sokongan pihak luar kerana pemberian daripada kerajaan adalah terhad.

Katanya, kementerian memang menyediakan bantuan asas, gaji guru, infrastruktur, utiliti dan penyelenggaraan sekolah, tetapi peruntukan tambahan diperlukan sekiranya mahu melaksanakan pemantapan pendidikan yang lebih.

“Memang satu daripada sumber yang boleh kita adakan ialah PIBG, bekas pelajar sekolah, tetapi dalam masa sama kita boleh minta bantuan termasuk wakil rak­yat, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan yang ada disekitar kawasan sekolah.

“Kalau nak buat le­bih, semua itu memerlukan perbelanjaan tambahan, jadi saya rasa tak ada masalah nak mohon sumbangan terutama­nya daripada bekas pelajar.

“Penting untuk ma­syarakat dan pihak ber­kepentingan beri sumbangan demi anak-anak pelajar dapatkan pendidikan terbaik.

“Jadi tidak bergantung kepada pihak kementerian yang mana pihak kementerian sudah menyediakan kemudahan asas untuk sekolah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN