Lelaki bawa daun ketum ditahan selepas larikan diri sejauh 15 km

Lelaki bawa daun ketum ditahan selepas larikan diri sejauh 15 km

SAARI Yaacob (dua dari kiri) menunjukkan daun ketum yang berjaya dirampas pihaknya dalam Ops Tapis semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal selepas kereta jenis Proton Preve yang dipandunya berjaya ditahan polis di Kampung Base Camp, di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, suspek berusia 25 tahun dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan semasa polis mengadakan rondaan Ops Tapis di Jalan Kampung Pasir Dusun, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, anggota polis kemudiannya mengarahkan suspek untuk memberhentikan kereta dipandunya di tepi jalan Jalan Kampung Pasir Dusun, namun lelaki itu terus memecut laju kereta terbabit.

Menurutnya, melihat suspek yang ingkar arahan untuk berhenti, polis mengejar kereta tersebut sejauh 15 km sebelum berjaya ditahan di Kampung Base Camp di sini.

“Suspek pada awalnya cuba meloloskan diri dan enggan menyerah diri sebelum dia akhirnya berjaya diberkas. Pemeriksaan pada tubuh badan suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian but dan tempat duduk belakang kereta terbabit menjumpai sebanyak 56 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 560 kg yang dianggarkan bernilai RM 5,680,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini hari ini.

Saari memberitahu, polis turut menemui satu liter air ketum di dalam botol plastik dan 100 mililiter cecair hitam dipercayai ubat batuk di dalam kereta tersebut.

Katanya, suspek dipercayai membawa masuk bekalan daun ketum itu dari sebuah negeri di utara untuk dijual di Tanah Merah dekat sini.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15 (1)(a) akta sama dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya