Kos buku Mari Kenali Sawit didakwa mahal

Kos buku Mari Kenali Sawit didakwa mahal

RUU
TERESA KOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kos men­cetak buku ‘Mari Kenali Sawit’ pada harga RM13.30 sebuah didakwa mahal sedangkan terdapat sya­rikat yang menawarkan kos yang lebih rendah.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa, beliau pernah menyemak dengan sebuah syarikat penerbitan dan per­cetakan di Kuala Lumpur yang menyatakan harganya RM3.

Justeru beliau menuntut jawapan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan bekas menterinya berhubung kos pencetakan buku ‘Mari Kenali Sawit’.

“Bagaimana buku macam ini boleh menelan kos sehingga RM13.30 untuk sekolah rendah?

“Walaupun dinyatakan di sini, kos itu termasuk penghantaran ke pejabat pendidikan daerah di semua negeri, kalau setakat pejabat daerah sahaja, kenapa sehingga RM13.30 sen?

“Untuk sekolah menengah pula kosnya adalah RM19.30 sen. Saya pernah menyemak dengan sebuah syarikat penerbitan dan percetakan Kuala Lumpur, buku seperti itu RM3,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Parlimen, semalam.

Katanya, penerbitan bukuitu adalah di bawah Majlis Minyak Sawit Malaysia di bawah bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Sebanyak 210,000 buku itu diedarkan ke sekolah rendah dan 62,475 buku untuk sekolah menengah.

Tambah Teresa, buku itu diedarkan di 144 pejabat pendidikan daerah di seluruh negara dengan setiap sekolah rendah menerima 27 buah buku dan 25 buku bagi setiap sekolah menengah.

Berdasarkan jawapan yang diterima Teresa pada sesi Parlimen Julai tahun lalu, seluruh projek ini, melibatkan kos hampir RM4 juta daripada Majlis Minyak Sawit Malaysia.

“Mungkin juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu campur tangan untuk tahu adakah ini boleh diterangkan, kementerian perlu juga beritahu kepada dewan sama ada semua buku ini sudah diedar keseluruhannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN