MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) di Melaka mengakui terkejut dengan pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung pembentukan Kerajaan Madani di negeri ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, beliau secara peribadi tidak mengetahui wujud usaha pembentukan berkenaan kerana tidak terlibat dalam sebarang perbincangan. Bagaimanapun katanya, perlu lebih banyak perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan PH…