Jumlah mangsa berkurangan, Batu Pahat kekal paling terjejas - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa berkurangan, Batu Pahat kekal paling terjejas

ANGGOTA polis melakukan kerja-kerja pembersihan sebuah rumah penduduk di Kampung Palembang Baru, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan menjadi 44,934 orang daripada 12,699 keluarga yang ditempatkan di 173 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah, setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 45,218 penduduk daripada 12,781 keluarga yang direkodkan pada pukul 8 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, enam daerah yang masih terjejas ialah Segamat, Mersing, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

“Batu Pahat merupakan daerah terjejas teruk ketika ini dengan 38,135 mangsa daripada 10,683 keluarga yang ditempatkan di 111 PPS.

“Turut terjejas ialah Muar dengan seramai 3,432 mangsa daripada 1,022 keluarga, diikuti Tangkak (2,073 mangsa), Segamat (1,019), Mersing (219) dan Kluang (56),” katanya dalam satu kenyataan, di sini

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada amaran hujan lebat berterusan pada hari ini.

Sebanyak tujuh batang sungai yang berada di bawah kategori paras air berbahaya mulai menunjukkan trend penurunan, iaitu Sungai Muar di Muar serta Sungai Bekok, Sungai Sembrong dan Sungai Simpang Kiri di Batu Pahat.

Sebanyak 28 laluan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan di lapan daerah, antaranya Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Penchu, Tangkak; Jalan Muar-Labis, Muar dan Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya