Tujuh PPS ditutup, mangsa banjir di Johor berkurangan - Utusan Malaysia

Tujuh PPS ditutup, mangsa banjir di Johor berkurangan

KHEMAH yang menempatkan mangsa banjir seramai 353 akibat banjir di PPS Politeknik Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini ditutup menjadikan jumlah mangsa banjir berkurangan menjadi 2,464 orang daripada 674 keluarga setakat pukul 2 petang ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, setakat ini 28 PPS masih beroperasi di tujuh daerah, iaitu Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Beliau berkata, jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding 3,676 mangsa banjir daripada 1,020 keluarga di 41 PPS yang direkodkan pada petang semalam.

“Pengurangan mangsa banjir ini susulan penutupan tujuh PPS di Segamat dan Mersing pada 12 tengah hari ini. Di Segamat, penutupan sebuah PPS di Dewan Balai Raya Kampung Bukit Tunggal yang menempatkan penduduk kampung terbabit.

“Enam PPS di Mersing yang telah ditutup ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu, SK Air Papan, SK Sri Mersing, Sekolah Agama (SA) Mersing Kanan, SA Bukit Timbalan dan SA Pengkalan Batu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, penutupan PPS itu menjadikan mangsa banjir di Segamat berkurangan menjadi 115 penduduk daripada 31 keluarga di lima PPS.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Mersing berkurangan menjadi 796 orang daripada 234 keluarga di enam PPS yang masih beroperasi.

Jumlah mangsa di Kota Tinggi menunjukkan penurunan, iaitu seramai 416 orang daripada 104 keluarga, diikuti Kluang (735) dan Muar (lima).

“Keadaan di Batu Pahat pula bertambah sedikit daripada 363 penduduk daripada 101 keluarga kepada 387 penduduk daripada 105 keluarga, manakala jumlah mangsa banjir di Tangkak tidak berubah dengan 15 penduduk daripada tiga keluarga,” katanya. –  UTUISAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya