Hanya tinggal 33 mangsa di dua PPS - Utusan Malaysia

Hanya tinggal 33 mangsa di dua PPS

SEORANG penduduk melihat air yang masih membanjiri bahagian bawah rumahnya di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini dijangka pulih sepenuhnya dalam beberapa hari apabila hanya tinggal 33 mangsa daripada 10 keluarga yang masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) hingga pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu menunjukkan pengurangan ketara berbanding seramai 163 mangsa yang direkodkan, pagi semalam.

“PPS yang masih beroperasi adalah PPS Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak di Segamat yang menempatkan 29 mangsa daripada sembilan keluarga.

“Satu lagi PPS adalah Sekolah Agama Pengkalan Batu di Mersing yang menempatkan seramai tujuh mangsa daripada satu keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebatang jalan masih ditutup untuk semua kenderaan, iaitu Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai disebabkan tanah runtuh, manakala Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan bacaan pada paras bahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya