Cuaca cerah, mangsa banjir di Johor berkurangan - Utusan Malaysia

Cuaca cerah, mangsa banjir di Johor berkurangan

HALAMAN rumah seorang penduduk di Kampung Parit Jayus, Batu Pahat yang masih digenangi banjir termenung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Cuaca cerah turut menyebabkan air banjir mulai surut, sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 853 orang daripada 241 keluarga yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) hingga pukul 4 petang ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 925 mangsa daripada 264 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, semalam.

Katanya, sebuah PPS di Dewan Komuniti Tasek, Segamat yang menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak ditutup pukul 1 petang tadi.

“Ini menjadikan hanya tinggal sebuah PPS beroperasi di Segamat, iaitu di Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak yang menempatkan 26 penduduk daripada sembilan keluarga.

“Sementara itu, di Batu Pahat, PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sejagong yang menempatkan 44 penduduk daripada 14 keluarga ditutup pada pukul 3 petang tadi.

“Ini menjadikan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 827 penduduk daripada 232 keluarga berbanding 877 penduduk membabitkan 249 keluarga yang direkodkan semalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini

Difahamkan, Batu Pahat dilanda banjir termenung namun cuaca cerah menyaksikan air mula surut dan jumlah mangsa berkurangan sedikit demi sedikit.

Azmi yang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, lima PPS yang masih beroperasi di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Sejati, SK Sri Medan, SK Tenaga Setia, Dewan Orang Ramai Sri Medan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa.

Kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Parit Terus, Kampung Parit Haji Ahmad, Kampung Parit Basri, Kampung Parit Khalid, Kampung Parit Jayus, Kampung Parit Ulong dan Kampung Sri Pasir.

Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memaklumkan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau, Kulai masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh, manakala Jalan Tanah Abang, Mersing masih ditutup disebabkan masih digenangi air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya