Hanya tinggal 821 mangsa banjir di Johor - Utusan Malaysia

Hanya tinggal 821 mangsa banjir di Johor

HANYA tinggal sebuah PPS di Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak yang masih beroperasi di Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila hanya tinggal 821 mangsa daripada 234 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) hingga pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, jumlah berkurangan berbanding seramai 925 orang yang direkodkan pagi semalam.

“Hanya dua daerah masih terjejas, iaitu Batu Pahat dan Segamat kerana ‘banjir termenung’ yang menyaksikan air terperangkap di kawasan rendah.

“Di Batu Pahat, terdapat seramai 795 mangsa daripada 225 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, manakala di Segamat seramai 26 mangsa daripada sembilan keluarga di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang di Mersing masih ditutup disebabkan air yang membanjiri laluan itu masih belum surut dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai juga masih ditutup disebabkan tanah runtuh.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Bekok di Batu Pahat juga masih merekodkan paras air pada tahap bahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya