Jumlah mangsa berkurangan, 40,847 di 139 PPS - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa berkurangan, 40,847 di 139 PPS

SEBUAH rumah di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat masih digenangi banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa semakin berkurangan dengan 40,847 orang daripada 11,496 keluarga masih ditempatkan di 139 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah itu menunjukkan pengurangan berbanding seramai 41,661 mangsa yang ditempatkan di 142 PPS pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, empat daerah masih terjejas dengan Batu Pahat  menempatkan paling ramai mangsa, iaitu 39,256 orang.

“Ini diikuti Muar dengan 781 mangsa, Tangkak (576) dan Segamat (234). Daerah lain yang sebelum ini terjejas telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS di daerah terlibat telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Jumlah mangsa yang maut akibat bencana banjir yang melanda bermula 1 Mac lalu kekal lima orang.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Sebanyak lima sungai di dua daerah masih diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, iaitu Sungai Muar, Sungai Bekok, Sungai Simpang Kiri dan Sungai Senggarang.

Sebanyak 15 laluan dan susur masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, khususnya di daerah yang masih terkesan akibat banjir, antaranya, Jalan Parit Jambi, Jalan Sri Bengkal, Jalan Parit Besar, Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Muar-Labis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya