Jumlah mangsa berkurangan, 26 PPS di Johor ditutup - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa berkurangan, 26 PPS di Johor ditutup

KEADAAN banjir di Bandar Kota Tinggi semakin buruk akibat limpahan Sungai Johor susulan berlakunya fenomena air pasang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Selepas empat hari dilanda banjir, jumlah mangsa di negeri ini mencatatkan sedikit penurunan menjadi 32,719 orang daripada 9,253 keluarga yang ditempatkan di  217 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 33,149 orang daripada 9,354 keluarga direkodkan pada pukul 8 pagi tadi.

“Jumlah mangsa banjir di Segamat terus meningkat, iaitu seramai 12,221 penduduk daripada 3,518 keluarga diikuti Kluang dengan 5,178 orang, Johor Bahru (1,218) dan Pontian (372).

“Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi turut berkurangan menjadi 3,369 orang berbanding 3,689 yang direkodkan pagi tadi. Turut berkurangan, jumlah mangsa banjir di Kulai daripada 630 menjadi 471 orang.

“Jumlah mangsa banjir di Mersing tidak berubah dengan seramai 722 orang, diikuti Batu Pahat (4,340), Muar (2,829) dan Tangkak (1,999),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, setakat tengah hari ini sebanyak 26 PPS di tujuh daerah telah ditutup selepas keadaan banjir di kawasan terbabit beransur surut.

Setakat ini, bencana banjir melanda negeri ini telah mengorbankan tiga nyawa, iaitu K. Sarathkumar yang menetap di Kluang dan Lee Amo Yee serta Tan Sue Ke di Segamat.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pula menunjukkan sebahagian besar negeri ini berada di bawah amaran hujan berterusan, manakala Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian pula menunjukkan amaran waspada.

Sebanyak 13 sungai turut diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, antaranya Sungai Gemas, Sungai Muar, Sungai Tangkak, Sungai Kesang, Sungai Bekok, Sungai Kahang dan Sungai Johor,” katanya.

Terdapat 10 laluan masih ditutup, antaranya Jalan Felda Kemelah, Jalan Felda Pemanis, Felda Medoi, Jalan Johor Bahru-Seremban, Jalan Senai-Gemas dan Jalan Muar-Tangkak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya