Hanya tinggal 1,381 mangsa banjir di Johor - Utusan Malaysia

Hanya tinggal 1,381 mangsa banjir di Johor

PETUGAS Unit Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyantuni kanak-kanak mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sri Medan, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila kini tinggal 1,381 mangsa daripada 379 keluarga yang masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, jumlah mangsa itu sama seperti pukul 8 malam tadi.

“Empat daerah yang masih terjejas ialah Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat. Batu Pahat kekal daerah paling terjejas dengan  919 mangsa daripada 254 keluarga yang ditempatkan di tujuh buah PPS.

“Di Kota Tinggi terdapat seramai 223 orang daripada 59 keluarga di empat PPS dan di Mersing  berjumlah 147 orang daripada 38 keluarga di tiga PPS, manakala di Segamat seramai 90 orang daripada 27 keluarga di tiga PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azmi  memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan di Mersing, Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang masih ditutup disebabkan air naik setinggi 1.0 meter (m), manakala di Kulai, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula memaklumkan hanya daerah Mersing dan Kota Tinggi yang masih diletakkan dalam kategori amaran hujan berterusan pada tahap waspada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.