Bah Johor: Jumlah mangsa berkurangan - Utusan Malaysia

Bah Johor: Jumlah mangsa berkurangan

SEORANG penduduk Mohd. Tahar Md. Der mendayung sampan melihat keadaan rumah di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik apabila jumlah mangsa yang masih menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan menjadi 44,779 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Jumlah itu membabitkan 12,683 keluarga yang ditempatkan di 169 PPS di empat daerah berbanding seramai  44,937 mangsa daripada 12,730 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, Batu Pahat merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 39,951 mangsa daripada 11,169 keluarga, diikuti Muar dengan 2,534 mangsa, Tangkak (1,662) dan Segamat (632).

“Daerah Mersing pulih sepenuhnya selepas tiga PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Labong, SK Bandar Endau dan Dewan Serbaguna Endau yang menempatkan 47 penduduk daripada 14 keluarga ditutup hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada amaran hujan lebat berterusan pada hari ini.

Sebanyak lapan sungai yang berada di bawah kategori paras air berbahaya mulai menunjukkan trend penurunan, iaitu Sungai Muar di Muar serta Sungai Bekok, Sungai Sembrong, Sungai Simpang Kanan dan Sungai Simpang Kiri di Batu Pahat.

Sebanyak 17 laluan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan di lapan daerah, antaranya Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Muar-Labis, Muar; Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram, Kulai dan Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya