Bah Johor: Jumlah mangsa terus berkurangan - Utusan Malaysia

Bah Johor: Jumlah mangsa terus berkurangan

KAWASAN kebun kelapa sawit di Kampung Pogoh, Segamat yang masih digenangi banjir termenung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara terus berkurangan menjadi 38,456 orang daripada 10,711 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 38,587 orang daripada 10,747 keluarga di 123 PPS di empat daerah yang masih terjejas, iaitu Segamat, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

“Cuaca cerah sejak beberapa hari lalu menyebabkan jumlah mangsa banjir di Batu Pahat semakin berkurangan menjadi  37,717 berbanding 37,827 orang yang direkodkan pukul 8  pagi tadi.

“Turut mencatatkan penurunan ialah jumlah mangsa banjir di Segamat yang berkurangan daripada 193 menjadi 172 orang pada tengah hari ini,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Walau bagaimanapun, Azmi memberitahu, banjir termenung di Muar dan Tangkak menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah itu tidak berubah, iaitu seramai 504 orang di Muar dan 63 di Tangkak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, tidak ada lagi sungai di negeri ini berada pada paras bahaya.

Dua laluan di Batu Pahat membabitkan Jambatan Sri Dayung dan Klinik Kesihatan Sri Medan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Turut ditutup untuk semua jenis kenderaan ialah jalan di Asrama Pekerja FTPSB Kahang Barat  dan Jambatan GSA Chamek di Kluang serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram di Kulai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya