Henti sebar video imam dipukul lelaki kurang siuman - Utusan Malaysia

Henti sebar video imam dipukul lelaki kurang siuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini meminta orang ramai menghentikan penyebaran video memaparkan seorang imam jemputan dipukul lelaki kurang siuman ketika menunaikan solat Subuh hari ini.

Imam Besar Masjid Negeri 1, Mohd. Rizzal Mohd. Ali Nafiah berkata, penyebaran video itu perlu dihentikan demi kebaikan semua pihak.

“Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta masjid.

“Pihak masjid tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berdepan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, tular video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, pagi tadi.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang lalu menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian berkenaan yang dianggarkan berlaku di ruangan solat lelaki masjid berkenaan sekitar pukul 6.18 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya