Gara-gara masalah peranti, Parlimen diminta buat sidang khas

Gara-gara masalah peranti, Parlimen diminta buat sidang khas

dewan rakyat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat diminta mengadakan sidang khas membincangkan ketirisan RM3 juta bilion diumumkan laporan Jabatan Audit Negara memandangkan salinan peranti yang disediakan untuk ahli-ahli Parlimen tidak boleh diakses.

Justeru, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (PH) meminta Dewan Rakyat mengadakan satu sidang khas untuk membincangkan mengenai pendedahan itu.

Menurut Tze Tzin, laporan tersebut yang kini diedarkan dalam bentuk salinan peranti (soft copy) kepada ahli-ahli Parlimen tidak boleh dibuka.

“Saya minta Parlimen adakan satu sesi khas untuk bahas me­ngenai jumlah RM3 billion ini. Kita sedang bercakap mengenai jumlah yang besar. Kita tidak boleh sia-siakan kerana ini soal RM3 billion yang akan berlalu tanpa perdebatan.

“Perdana Menteri pernah mengatakan bahawa atas ketirisan jumlah RM3 bilion ringgit telah dilaporkan di dalam Laporan Audit Negara tetapi kita sekarang terima laporan itu dalam thumb-drive atau pemacu pena dan ramai antara ahli-ahli Parlimen tidak dapat membuka untuk membaca.

“Dulu kita dapat dalam bentuk buku dan kita ada masa untuk baca dan sebagainya. Jadi saya harap Jabatan Audit Negara boleh kembalikan dalam bentuk buku supaya kita boleh baca,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu media beliau mengenal pasti ‘kebocoran’ kewangan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion pada Januari lalu.

Bagaimanapun, isu itu belum dibincangkan dengan lebih terperinci dan mendalam bagi pe­ringkat Dewan Rakyat.

Tze Tzin juga berharap supaya Jabatan Audit Negara boleh turut serta sekiranya dewan itu membenarkan persidangan khas tersebut.

“Saya harap Yang Dipertua boleh mengadakan sesi khas. Mohon bincang dengan menteri-menteri. Saya minta untuk kita bincang termasuk dengan Jabatan Audit Negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN