Empat kategori bantuan untuk mangsa banjir - Nadma - Utusan Malaysia

Empat kategori bantuan untuk mangsa banjir – Nadma

ARMIZAN MOHD. ALI (kanan) beramah mesra dengan dengan mangsa banjir, Mariah Abu Yamin (dua dari kiri) yang ditempatkan di PPS SK Sri Telok di Parit Yaani, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Empat kategori bantuan boleh dituntut oleh mangsa banjir yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi kerajaan negeri serta pejabat daerah. 

Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, bantuan kira-kira RM60j uta itu meliputi wang ihsan kepada setiap isi keluarga berjumlah RM1,000.

Katanya, turut tersenarai untuk membantu manga yang terjejas banjir adalah wang ihsan kematian berjumlah RM10,000 sekiranya berlaku akibat banjir. 

“Nadma juga menyediakan bantuan tambahan pembelian barangan keperluan asas sehingga RMRM2,500, selain baik pulih kecil kerosakan rumah sehingga RM5,000.

“Walau bagaimanapun, semua permohonan bantuan itu perlu mendapat perakuan dan pengesahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan urus setianya ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya selepas mengadakan lawatan pasca banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS)  Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok di Parit Yaani, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminulhuda Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri. 

Armizan berkata, bagi mangsa yang terkesan tetapi tidak berpindah ke PPS, mereka boleh membuat laporan kepada ketua-ketua komuniti setempat termasuk pusat khidmat Ahli Parlimen dan ADUN sebelum disalurkan kepada pihaknya selepas disahkan oleh pejabat daerah masing-masing.

“Saya difahamkan proses penyerahan bantuan wang ihsan di negeri Johor sudah bermula walaupun keadaan banjir belum pulih sepenuhnya,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.