[DUN] Hubungan Kelantan dengan kerajaan persekutuan erat

[DUN] Hubungan Kelantan dengan kerajaan persekutuan erat

AHMAD Yakob.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengakui hubungan dengan kerajaan persekutuan berjalan dengan baik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menerusi beberapa program yang telah dilaksanakan secara bersama.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata, hubungan akrab itu dapat dilihat menerusi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turun padang meninjau serta menziarahi mangsa banjir di negeri ini pada awal tahun.

“Kita juga telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri bersama Menteri Sumber Asli dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan.

“Akhir sekali, baru-baru ini kita ada bersama Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming merasmikan Pasar Tok Kenali,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Adhan Kechik (Bukit Bunga-BN) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, hubungan itu diperkukuhkan lagi dengan kerjasama antara pegawai persekutuan dengan pegawai negeri berjalan baik melibatkan perkara yang berkaitan dengan soal kebajikan dan kebaikan untuk rakyat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas dari BN Datuk Md. Alwi Che Ahmad turut menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada kerajaan negeri kerana mempunyai sikap yang sedemikian.

Katanya, hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah sangat penting walaupun mempunyai fahaman politik dan dasar politik yang berbeza.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya