[DUN] Bantuan banjir RM50 juta di Kelantan sedang diagihkan

[DUN] Bantuan banjir RM50 juta di Kelantan sedang diagihkan

AHMAD Yakob-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan sedang mengagihkan peruntukan bantuan banjir sebanyak RM50 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lalu kepada sebahagian mangsa banjir.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan banjir yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan itu akan diagihkan kepada mangsa banjir yang berpindah dan tidak berpindah.

Menurutnya, senarai penerima diperoleh selepas pihaknya mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua jajahan yang terlibat. 

“Setakat ini, pihak JPP menyalurkan peruntukan kepada ketua-ketua jajahan sebanyak RM21.41 juta yang terdiri daripada RM12.3 juta untuk bantuan kepada mangsa yang berpindah dan RM9.1 juta kepada mangsa yang tidak berpindah. 

“Selain itu, bantuan sebanyak RM30,000 telah diberikan untuk waris mangsa yang meninggal dunia semasa banjir seperti yang sudah dimaklumkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd. Nazlan Mohamed Hasbullah (Pas-Limbongan) pada penggal kelima, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, sebahagian daripada keseluruhan peruntukan itu sedang dalam proses pembayaran. 

Katanya, kebanyakan penerima bantuan di daerah Pasir Puteh dan Bachok sudah menerima bayaran bantuan tersebut.

“Ada sebahagian sudah dibayar dan ada yang masih belum menerima bantuan tersebut.

“Masih ada lagi mangsa di Tumpat dan beberapa daerah lain yang tidak berpindah masih belum menerima bantuan tersebut,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membantu mangsa yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.

Anwar berkata, peruntukan itu melibatkan sebanyak RM50 juta bagi mangsa banjir di Kelantan manakala RM50 juta lagi di Terengganu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya