Banjir Johor pulih, dua PPS terakhir ditutup - Utusan Malaysia

Banjir Johor pulih, dua PPS terakhir ditutup

PENGHUNI PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng di Batu Pahat mengemas barangan mereka setelah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bencana banjir di negeri ini pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sebelum ini ditutup kesemuanya.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, dua PPS yang terakhir ditutup iañah di  Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng sebelum ini menempatkan seramai 141 mangsa daripada 37 keluarga, pagi tadi.

“Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga menunjukkan tiada daerah yang menunjukkan sebarang tanda amaran ribut petir atau hujan lebat berterusan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Walau bagaimanapun, tiga jalan masih lagi ditutup untuk semua jenis kenderaan, iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram.

Banjir yang melanda negeri ini sejak 28 Februari lalu  menjejaskan kesemua 10 daerah dan membabitkan  lebih 80,000 mangsa.

Bencana yang dianggap terburuk itu juga mengorbankan lima orang, iaitu K. Sarathkumar di Kluang, Lee Amo Yee, Tan Sue Ke dan A. Fatimah di Segamat serta Tan Sharon di Mersing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya