Banjir di Johor pulih, PPS terakhir ditutup - Utusan Malaysia

Banjir di Johor pulih, PPS terakhir ditutup

BANJIR di Johor pulih sepenuhnya apabila tujuh sekeluarga yang mendiami PPS di Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Segamat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Selepas lebih dua minggu dilanda banjir, Johor akhirnya pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, ditutup pada 2 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, seramai 22 mangsa banjir daripada tujuh keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing di kampung tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dengan penutupan PPS terakhir yang beroperasi sejak 24 Januari lalu itu, negeri ini pulih daripada banjir.

“Tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS itu dibenarkan pulang selepas kawasan kediaman mereka di Kampung Seberang Batu Badak setelah air banjir surut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Walau bagaimanapun, katanya, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh.

Paras air Sungai Bekok di Batu Pahat juga masih berada pada paras bahaya, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya