12,890 kes jenayah seksual kanak-kanak, wanita direkodkan tahun lalu

12,890 kes jenayah seksual kanak-kanak, wanita direkodkan tahun lalu

ABDUL JalilHassan (depan, empat kiri) bergambar bersama pegawai siasatan jenayah di hadapan Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) di Perumahan Polis Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 12,890 kes jenayah termasuk seksual yang melibatkan kanak-kanak dan wanita di negara ini telah direkodkan pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2020 apabila sebanyak 11,092 kes dilaporkan pada tahun tersebut.

Menurutnya, jenayah seksual itu membabitkan kes rogol, cabul, sumbang mahram, cabul kehormatan, gangguan seksual, amang seksual, berkomunikasi seksual dengan kanak-kanak, penderaan kanak-kanak, buang bayi dan keganasan rumah tangga.

“Jumlah kes rogol pada tiga tahun lalu mencatatkan sebanyak 1,378 kes dan meningkat kepada 1,398 kes pada 2022. 

“Kes sumbang mahram yang dilaporkan juga meningkat iaitu daripada 259 kes kepada 264 kes, cabul kehormatan (daripada 838 kes kepada 865 kes), gangguan seksual (daripada 378 kes kepada 466 kes), dera kanak-kanak (daripada 545 kes kepada 687 kes) dan keganasan rumah tangga (daripada 5,260 kes kepada 6,540 kes) dalam tempoh tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Temu Duga Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Perumahan Polis Kemumin, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Jalil memberitahu, faktor yang menyebabkan kes-kes tersebut meningkat antaranya kepincangan keluarga, media sosial, gajet tanpa kawalan, tekanan hidup dan taraf ekonomi.

Katanya, kes keganasan rumah tangga juga menyebabkan anak-anak terbiar dan tidak dipedulikan oleh ibu bapa sebelum mereka turut menjadi mangsa.

“Kemudahan teknologi tanpa kawalan ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada kejadian kes jenayah seksual ini.

“Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan supaya mengawal tingkah laku anak-anak daripada melayari laman web tertentu,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya