Yayasan Bank Rakyat sumbang RM100,00 untuk BAP di UMK 

Yayasan Bank Rakyat sumbang RM100,00 untuk BAP di UMK 

RAZLI Che Razak (kiri) menyerahkan bantuan BAP kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Khairul Na'im Ariffin di UMK Kampus Bachok, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Yayasan bank Rakyat (YBR) menyalurkan sumbangan berjumlah RM100,000 bagi membantu meringan beban pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari keluarga B40 menerusi bantuan awal pengajian (BAP).

Ketua Bahagian Pentadbiran Korporatnya, Khairul Na’im Ariffin berkata, bantuan sebanyak RM1,000 untuk setiap seorang itu melibatkan pelajar diploma dan sarjana muda bermula dari semester satu hingga tiga yang dipilih oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMK.

Menurutnya, sumbangan amal korporat itu disalurkan dengan mengambil kira keperluan perbelanjaan semasa yang terpaksa ditanggung oleh pelajar terbabit.

“YBR menerusi Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat (SIR) turut menyumbang set kelengkapan kepada pejabat perpustakaan dan pengurusan ilmu UMK. 

Hasrat YBR ialah mahu kemudahan untuk mendapatkan bahan rujukan ini dapat dinikmati oleh kumpulan sasaran. Kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh 11,000 pelajar dari tiga kampus UMK selain staff dan komuniti, ” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian SIR Corner dan BAP yang disempurnakan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Razli Che Razak di UMK Kampus Bachok, di sini hari ini.

Khairul Na’im memberitahu, pihaknya berharap SIR Corner dapat meningkatkan carian ilmu tanpa sempadan sebagai alternatif pelajar meneroka sumber rujukan dalam penghasilan tesis dan tugasan sepanjang tempoh pengajian.

Katanya, pada tahun lalu sebanyak 20 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menikmati faedah pembacaan digital yang disumbangkan YBR dengan peruntukan RM300,000.

“YBR juga telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun bagi langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal. 

“Usaha ini bertujuan menggalak tabiat membaca dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat tanpa sempadan dan lokasi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya