Warga asing kuasai ekonomi - Utusan Malaysia

Warga asing kuasai ekonomi

Tinjauan dari udara merakamkan kawasan penempatan haram warga asing yang turut membuka ladang sayur untuk dikomersialkan di Pulau Meranti, Puchong, Selangor. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga asing sama ada memasuki negara ini secara sah atau tidak, mereka kini dilihat semakin berani me­ngusahakan pelbagai perniagaan yang didakwa tidak ‘diganggu’ pihak berkuasa, sekali gus menjejaskan perniagaan warga tempatan.

Selain di ibu negara seperti di Jalan Chow Kit, Selayang dan Kampung Baru, peguasaan warga asing dalam ekonomi terus merebak ke seluruh negara terutama di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kelantan.

Kesannya, boleh dilihat apabila penguasaan ekonomi warga asing itu terus berkembang iaitu daripada berniaga di tepi jalan, pasar-pasar malam kini membuka kedai runcit.

Selain membabitkan rakyat dari pelbagai negara, warga ­asing itu juga dikesan aktif membuka kebun sayur di tanah rezab kerajaan yang tidak dipantau.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Jalan Chow Kit dan Kampung Baru mendapati, rata-rata gerai yang terdapat di situ dikuasai warga asing sama ada sebagai pengusaha atau pekerja yang menjalankan perniagaan buah-buahan, kedai makan, kedai runcit, kedai jamu dan perniagaan barang basah.

Mereka mengusahakan perniagaan dengan menaikkan khemah di mana-mana sahaja lokasi tumpuan termasuk berani membina struktur tambahan di mana-mana sahajaan walaupun engganggu lalu lintas.

BERKEMBANG

Lambakan peniaga warga asing itu terutama warga Indonesia itu semakin berkembang apabila mereka berjaya menggaji pekerja terutama dalam kala­ngan etnik Rohingya dan warga Bangladesh.

Seorang pekerja runcit warga Indonesia di Jalan Chow Kit memberitahu, jualan runcit yang diusahakan majikannya yang juga warga Indonesia meraih RM1,000 hingga RM3,000 sehari.

Katanya, ini kerana kawasan di situ menjadi tumpuan dalam kalangan rakyat asing, sekali gus membantu perniagaannya yang menjual barang runcit dari Indonesia laris.

“Semua barang yang dijual semua kami import dari Indonesia, bawa masuk dengan kontena.
“Jadi ini kedai (cawangan) kedua (baru beroperasi) dalam setahun, kedai pertama dalam pasar borong di Selayang, sudah lebih 10 tahun jugalah tauke sahaja mencari rezeki di ibu kota Malaysia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peniaga warga tempatan yang enggan dikenali mendakwa, aktiviti perniagaan warga asing akan rancak sekitar pukul 3 petang.

Peniaga itu mendakwa, mereka akan mendirikan khemah di tepi jalan sekitar kawasan Chow Kit bagi menjalankan perniagaan.
Dakwanya, mereka dipercayai ‘dijaga’ pihak tertentu dengan bayaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan operasi perniagaan tanpa ‘diganggu’.

PACAK TIANG

“Sebelah petang, mereka akan mula pacak tiang tepi-tepi jalan. Kalau periksa betul-betul, peniaga tepi jalan bukan semua ada kad pengenalan.

“Tetapi mereka ini ada orang lindung, bayar saja boleh meniaga. Bayar bulanan lain, bayar tiap-tiap malam lain,” dakwa peniaga itu yang membayangkan sekitar Chow Kit sudah dikuasai peniaga warga asing.

Susulan, perniagaan warga asing semakin rancak, katanya, barang runcit di gerai tidak laris kerana warga asing akan membantu perniagaan warga asing.

“Benda ini sudah lama, daripada dulu tak ada kesudahan. Tetapi kenapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diam, patutnya ambil tindakan.

“Sebelum ini sudah pernah buat aduan, tetapi mereka (pe­nguat kuasa) beritahu yang di sini kawasan panas, tak boleh usik.
“Jadi apabila ada orang ‘jaga’, mereka naik tocang, makin lama makin kurang ajar. Kalau dulu pukul 5 atau 6 petang baru meniaga, sekarang pukul 3 petang dah mula,” dakwanya.

Sementara itu, di Pulau Me­ranti, Puchong keadaannya turut membimbangkan apabila kawasan tersebut dikuasai warga Indonesia yang giat membuka kebun sayur dalam skala besar di tanah yang diceroboh.

Kumpulan tersebut tidak menyenangkan penduduk tempatan yang terancam dengan penguasaan ekonomi dan pembukaan penempatan secara haram.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN